20220402 Pt 2/2 perintah Ex-Parte Award diperolehi penuntut terkesan dengan vaksinasi Covid-19
MOHAMAD ZAINUDDIN & CO NO 17 JALAN RASMI 6 TAMAN RASMI JAYA AMPANG 68000 SELANGOR No Tel: 012-602 2421 (WS) 017-215 7165 Email: [email protected]
Untuk Perhatian: Editor Berita
31 Mac 2022
JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN MEDIA
PERINTAH EX-PARTE AWARD TRIBUNAL KHAS TIMBANG TARA ADJUDIKASI COVID-19 VAKSIN PRAMATANG EKSPERIMENTAL BERACUN KEPADA PENUNTUT-PENUNTUT (CLASS ACTION) TERHADAP RESPONDAN-RESPONDAN YANG BERTANGGUNG JAWAB YANG DINAMAKAN DIDALAM TINDAKAN UNDANG-UNDANG.
TETUAN MOHAMAD ZAINUDDIN & CO telah Berjaya mendapatkan PERINTAH EX-PARTE AWARD daripada Tribunal Khas Adjudikasi Covid-19 Vaksin Pramatang Eksperimental Beracun seperti berikut:
1. PERINTAH EX-PARTE AWARD bahawa Penuntut-Penuntut mempunyai HAK KELAYAKAN (MERIT) dari segi undang-undang dan fakta untuk membuat TINDAKAN SIBIL keatas Respondan-Respondan yang terdiri daripada Kerajaan Malaysia, Mantan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri sedia ada dan lain-lain Menteri berkaitan dan Kementerian berkaitan serta syarikat-syarikat yang berkaitan termasuk Sinovac, Pfizer dan WHO yang telah difailkan di Mahkamah Antarabangsa (ICJ) the Haque Netherlands.
2. Penuntut-Penuntut juga telah berjaya mendapat PERINTAH EX-PARTE AWARD TINDAKAN JENAYAH terhadap Respondan-Respondan yang dinamakan diatas yang telah difailkan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) the Haque Netherlands.
3. Penuntut-Penuntut juga telah mendapat PERINTAH EX-PARTE AWARD SEMAKAN JUDICIAL REVIEW (Semakan Kehakiman) permohonan untuk menghentikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang telah menjadi dasar kerajaan menguatkuasakan melalui semua saluran undang-undang yang telah menyebabkan banyak kematian, banyak kesan sampingan dan banyak diskriminasi yang zalim telah dilakukan keatas Penuntut-Penuntut.
Justeru itu TETUAN MOHAMAD ZAINUDDIN & CO bersama LEGAL SEKRETARIAT PERSATUAN PRIHATIN ANAK JATI JOHOR, PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM) DAN NGO-NGO yang lain DALAM MEMBUAT TINDAKAN UNDANG-UNDANG INI AKAN MENGADAKAN SIDANG MEDIA membantah segala tindakan penguatkuasaan Program PICK ini seperti berikut:
Tarikh: 2 April 2022 (Sabtu) Masa: 3.00pm
Tempat: NO 17 Jalan Rasmi 6 Taman Rasmi Jaya Ampang 68000 Selangor Semua media dijemput hadir.